1). Tidak datang haid / menstruasi:
Jika anda sedang hamil,anda tidak akan datang haid lagi.ini kerana dinding rahim anda sedang dipersiapkan
untuk proses kehamilan.Amatlah penting untuk anda mengetahui hari pertama haid anda yang terakhir.Ia untuk menentukan usia kandungan anda dan perkiraan tarikh bersalin.perlu diingatkan di sini bahawa tidak datang haid mungkin disebabkan oleh perkara lain juga.Oleh itu anda hendaklah berjumpa dengan doktor anda....
2).Mual dan muntah:
Berasa mual,muntah atau alahan kepada bau makanan sering terjadi kepada anda sebagai tanda-tanda awal kehamilan.ini kerana berlaku perubahan hormon di dalam badan.Ia juga turut dikenali sebagai "morning sickness" kerana mual dan muntah terjadi pada waktu pagi pada bulan-bulan pertama kehamilan.
3).Sering membuang air kecil:
Ia terjadi kerana pundi kencing anda di tekan oleh rahim yang semaikn membesar.perkara ini pada kebiasaannya akan berterusan selama tempoh kehamilan anda.Tetapi,selepas minggu ke-12,ia akan menjadi sedikit berkurangan dan timbul kembali pada minggu ke -28 kehamilan.
4).Mengidam:
Mengidam merupakan perkara biasa yang berlaku kepada ibu yang sedang mengandung.Ia disebsekan oleh perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh ibu dan menyebabkan anda menginginkan makanan-makanan yang tertentu.Gejala ini sering terjadi pad bulan-bulan pertama sahaja.
Tanda-tanda lain yang menunjukkan anda sedang hamil seperti:
-perubahan saiz payudar secara drastik.
-puting membesar,berwarna lebih gelap dan kadangkala terasa gatal dan sakit.