Wednesday, 2 November 2011

ASAL-USUL KAMPUNG TINANGGOL

Menurut cerita dari orang tua-tua, kampung Tinanggol telah diasaskan oleh Aki Mogilin. Pada peringkat awal hanya terdapat lebih kurang 20 keluarga yang mula manetap di kampung ini. Pada masa kini jumlah penuduk di kampung ini sudah mencecah lebih 100 penduduk. kebanyakan penduduk masih tinggal di rumah panjang sungghpun begitu, sudah terdapat keluarga yang tinggal di rumah sendiri yang terpisah antara satu dengan yang lain.

Kampung Tinanggol adalah daripada gabungan dua kawasan pertempatan. Yang pertama di namakan Tinanggol Langkabang. Kedua, Tinanggol Kandang. Dalam bahasa runggus ’kandang’ bermaksud pagar. Pagar di bina mengelilingi kampung bagi tujuan melindungi haiwan ternakan seperti kerbau. Sungguhpun begitu pagar turut berfungsi untuk melindungi kampung daripada ancaman binatang dan musuh dari luar.

Masyarakat Rungus di kampung Tinanggol di Kudat terkenal dengan pembuatan Manik. Kegiatan membuat manik dilakukan di rumah panjang kediaman mereka. Manik sebenarnya adalah lebih tua usianya daripada zaman tamadun manusia dan manik-manik yang paling awal dahulu telah diperbuat daripada kulit kerang, gigi, dan biji buah-buahan yang dilubangkan dan dicucukkan dengan tali.

Manik mempunyai pelbagai bentuk dan warna. Bahagian hujung manik selalunya berbentuk rata. Lubang diperbuat mengikut saiz benang yang hendak digunakan. Benang yang digunakan biasanya diperbuat daripada serat gentian daun nenas atau serat gentian lain yang tahan. Manik jenis ini selalunya berbentuk runcing di hujung dan kembung di bahagian tengahnya. Tetapi ada juga yang berbentuk sekata dengan alur-alur lekuk yang sejajar.

Manik kaca jenis tersebut selalu digunakan sebagai rantai leher untuk lelaki dan perempuan. Manakala manik-manik yang lebih kecil dan berharga pula dijadikan rantai tangan. Ada juga manik yang hanya dipakai oleh isteri para pembesar seperti isteri tuai. Biasanya manik tersebut dijadikan rantai tangan, rantai leher dan hiasan jaket atau gaun. Manik-manik daripada permata merah pula selalu dikarang menjadi hiasan kepala.

Sejak zaman berzaman manik menjadi simbol tradisi bagi menunjukan kemewahan dan kedudukan seseorang. Tidak hairanlah jika manik menjadi bahan pusaka turun-temurun daripada ibu untuk anak perempuan. Manik juga pernah digunakan sebagai mata wang, hantaran perkahwinan, perhiasan diri dan barang-barang yang digunakan untuk tujuan pengebumian. Di samping itu manik juga boleh digubah menjadi pengendong bayi atau ba, beg tangan, alas tempat duduk,topi dan perhiasan-perhiasan lain.

GUBAHAN MANIK PINAKOL

Gubahan manik pinakol sinonim dengan masyarakat Rungus di Kampung Tinangol,Kudat. Tidak ramai yang mahir untuk menghasilkan gubahan manik Pinakol ini. Disebalik gubahan manik Pinakol ini, tersembunyi makna  yang tidak diketahui oleh masyarakat yang tidak mengkajinya. Gubahan manik Pinakol ini adalah amat bernilai bagi suku kaum Rungus di Daerah Kudat Khususnya kaum wanita.

Suku kaum Rungus di Daerah Kudat telah lama menggunakan gubahan manik Pinakol ini. Hal ini kerana, gubahan manik Pinakol ini wajib digunakan sebagai perhiasan pelengkap semasa majlis perkahwinan suku kaum Rungus dalam pakaian tradisi mereka. Oleh yang demikian, tidak hairanlah gubahan manik Pinakol menjadi simbolik bagi masyarakat Rungus di Daerah Kudat.

Selain itu, gubahan manik Pinakol merupakan warisan turun temurun masyarakat Rungus iaitu seorang ibu akan mewariskan gubahan manik Pinakol kepada anak perempuannya setelah beliau tiada kelak. Gubahan manik pinakol ini turut dipakai dalam kalangan keluarga apabila berlakunya kematian ahli keluarga setelah majlis pengebumian selesai bagi menandakan bahawa si mati telah selamat dikebumikan.

Namun begitu, kemodenan pada masa kini telah menjadikan gubahan manik pinakol ini telah di pasarkan untuk menambahkan pendapatan. Harga bagi gubahan manik pinakol dianggarkan kira-kira RM140 sepasang. Tempoh masa untuk menyiapkan sepasang gubahan manik pinakol memerlukan masa sepanjang dua minggu.Motif-motif yang terdapat dalam gubahan manik pinakol ini adalah berunsurkan semangat alam.


MOTIF-MOTIF YANG TERDAPAT PADA GUBAHAN MANIK PINAKOL

Tinongulun
Sinikuran
Inompiling
Ginaravog
Vinusak
Tinugarang
Sinusuk rabung
Kinaro-Karo

BAHAN-BAHAN
Bahan-bahan asas yang digunakan oleh masyarakat Rungus untuk membuat Gubahan manik Pinakol ialah:

1.Pensel
2.Benang
3.Gunting
4.Manik-manik
5.Lilin daripada madu
6.Tempat anyanman manik
7.Tali pengukur

PRODUK LAIN BERASASKAN MANIK
1. Sulau
2. Sisingal
3. Snagkil
4. Sandang
5. Tali Pinggang dari Tigiu
6. Rampai
7. Gelang tangan siput
8. Gelang tangan Tigiu
9. Keychain
10. Sarung Pen/Pensel
11. Gelang tangan manik Sabah
12. Cincin manik         

Proses mengubah manik

Proses pembuatan sepasang pinakol memerlukan teknik dan kepakaran. Selain itu, kesabaran dan ketelitian juga pentig dalam membuat sepasang pinakol. Manik bersaiz kecil digunakan dalam membuat pinakol untuk mendapatkan saiz atau lebar sebuah pinakol yang dikehendaki. Sungguhpun begitu tidak semua manik yang ada di pasasaran sesuai digunakan dalam pembuatan pinakol. Manik yang berwarnah cerah atau lutsinar dan berkilau tidak sesuai digunakan. Selain mengubah nilai budaya penggunaan manik jenis ini turut menghakis nilai seni dan budaya masyarakat. Sesorang pembuat pinakol haruslah berseni untuk memilih kombinasi warna yang sesuai. Dalam pinakol sekurang-kurangnya memerlukan kombinasi beberapa warna manik antaranya: Kepakaran sesorag pembuat pinakol dapat dinilai melalui penggunaan warna manik yang sedikit. Sekurang-kuranngnya 6 warna sahaja. Kombinasi warna yang selalu digunakan antaranya: biru, merah, kuning, hijau, putih dan hitam.  Teknik ini mempengaruhi keunikan dan kecantikan sesebuah pinakol. Penggunaan satu warna manik yang dominen dalam sebuah pinakaol turut mempengaruhi pinakol. Misalnya penggunaan warna hijau yang berlebihan akan menyebabkan pinakol yang dihasilkan akan menjadi pucat seterusnya menjadikan pinakol tersebut tidak menarik. Teknik lain yang perlu di patuhi ialah sesorang pengubah manik haruslah menggunakan warna manik yang sesuai. Misalnya warna biru dan hitam tidak sesuai diletakkan berhampiran begitu juga dengan warna putih dan kuning. Penggunan warna ini akan mengurangkan keharmonian warna tambahan pula apabila dilihat pada waktu malam kedua-dua warna ini seolah-olah sama. Justru itu, menjejaskan corak yang terdapat pada pinakol.

Dalam proses pembuatan pinakol, terdapat 30 atau 31 utas benang yang dipotong 1 depa setengah setiap satu. Kemudian benang tersebut akan di ikat pada sebatang kayu bersaiz kecil dan dilulur dengan lilin yang diperbuat daripada sarang madu lebah. Tujuannya untuk menguatkan steruktur benang, memudahkan proses menyimbat manik ke dalam benang seterusnya mengelakkan benag daripada putus. Selepas proses ini barulah sebuah pinakol mula dibuat. Teknik menyimbat manik memerlukan teknik yang tersendiri. Pada bari pertama setiap benag akan di simbat sebutir manik. Pada bari seterusnya benang tadi akan di belah dan setiap belahan akan di simbat sebutir manik dan proses ini akan berulang-ulang.


Selain warna keunikan sepasang pinakol bergantung kepada corak atau motif yang ditunjukkan. Biasanya motif-motif yang diggunakan adalah di ihamkan daripada persekitaran. Biasanya motif ini banyak dipengaruhi oleh persekitaran tempat tinggal kaum rungus. Sebelim masyarakat ini mengalami asimilasi budaya dan pembangunan kaum rungus menatap di lereng-lereng bukit yang berdekatan dengan sumber air seperti alur dan sungai. Motif dalam pinakol adalah terjemahan daripada keadaan sekitar tempat tinggal mereka dan apa sahaja sumber alam di sekitar mereka. Misalnya seperti binatang liar, serangga, burung, tumbuh-tumbuhan dan masyarakat mereka sendiri.
Dari segi corak setiap pinakol mempunyai urutan motif yang sama. Sekiranya terdapat perbezaan dari segi urutan motif tetapi ianya tidak jauh berbeza daripada urutan corak pinakol yang lain. Corak ini di susu dari atas ke bawah. Corak yang paling atas dikenali sebagai tinongulun. Dalam bahasa rungus ulun atau tulun bermaksud orang. Selain itu, corak ini turut dikaitkan dengan nama seorang lelaki rungus yang dikenali sebagai tinongulung. Oleh itu, motif ini di ilhamkan daripada bentuk tubuh manusia. Biasanya warna putih diggunakan untuk membentuk tubuh manusia. Di bahagian pinggang terdapat jaluran warna yang membentuk seakan-akan tali pinggang. Konsep ini sesuai dengan pakaian tradisi lelaki rungus yang mempunyai tali pinggang kain yang mempunyai jaluran warna merah kuning dan hijau yang lebar dan memanjang. Dari segi konsep alam, orang adalah makhluk yang paling berkuasa di atas alam. Konsep ini diterjemahkan dalam pinakol. Tinongulung yang melambangkan manusia di jadikan corak pembukaan. Secara tiorinya manusia lebih berkuasa berbanding dengan unsur alam yang lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Motif yang kedua dikenali sebagai sinikuvan. Motif ini berfungsi sebagai perantara atau penghubung motif pertama dengan yang seterusnya. Sekiraya diteliti dengan lebih terperinci motif berbentuk huruf x ini disimbat secara bersilang membentuk motif pangkah dan terdapat 34 manik yang sama diggunakan untuk menghasilkan jaluran merah yang membentuk pangkah yang menjadi pusat kepada corak ini. Untuk mengangkat corak ini agar lebih menarik manik berwarna kuning diggunakan di simbat membentuk huruf v yang terdapt di bawah dan atas corak ini. Manakala di bahagian tepi warna biru muda diggunakan menggunakan konsep yang sama. Selain itu, motif sisipan yang terdapat dalam corak ini adalah berbetuk ikan. Ia dibentuk menggunakan warna hitam dan di bahagian dalam warna oren diggunakan membentuk dimond.
Menurut puan kuliis binti korongkom, motif yang paling menarik dalam sebuah pinakol ialah motif vinusak. Menurutnya lagi motif ini di adaptasi daripada bunga-bungaan yang ada tambahan pula vusak membawa maksud bunga. Tidak hairanlah motif ini mempunyai warna yang pelbagai untuk mengangkat motif bungga yang cuba ditumbulkan. Warna hitam yang lebih menonjol telah diggunakan yang berfungsi sebagai bingkai kepada corak-corak yang dihasilkan. Sekiranya diteliti dengan baik vinusak adalah kombinasi daripada unsur hidupan dan tumbuh-tumbuhan. Di bahagian bawah vinusak jelas membentuk corak ikan. Untuk menambah seri corak ini turut dilengkapi dengan warna oren dan biru.
Inompiling merupakan antara corak lain yang turut terdapat dalam pinakol. Inompiling merupakan gambaran sekor binatang yang tinggal di dalam sungai yang menjadi ancaman kepada kaum ini pada satu ketika dahulu. Binatang ini akan mengigit tangan atau anggota badan yang lain sekiranya masuk ke dalam sungai. Menurut cerita orang tua-tua haiwan ini sudah jarang kelihatan dan sukar ditemui di kawasan perkampungan orang rungus kerana pada masa dahulu haiwan ini telah mati diracuni kerana mengugat nyawa manusia. Mengikut analisa haiwan yang dimaksudkan ialah seekor buaya sungai. Dalam motif inompiling dapat dilihat haiwan tersebut mempunyai sepasang tangan dan kaki. Yang jelas bilangan jari kaki dan tangan hanyalah empat jari sahaja. Selain itu, ekor binatang ini lebih panjang dan berbonggol-bonggol seakan-akan duri dan hujungnya berbentuk tirus. Sehingga kini belum ada kepastian yang tepat apa sebenarnya haiwan yang dimaksudkan dalam motif ini. Namun kebanyakan masyarakat rungus percaya ia adalah seekor buaya.
Di bahagian hujung pinakol terdapat juraian manik yang disimbat dan terpisah membentuk juraian-juraian manik dan bersambung dengan hujung manik. Di peringkat ini proses menyimbat manik lebih cepat tetapi masih memerlukan kepakaran dan teknik yang tersendiri. Keadaan ini disebabkan oleh setiap jaluran manik mempunyai panjang yang berbeza dan dikenali sebagi tumanjung. Tujuannya untuk menyesuaikan bentuk badan. Dari segi motif yang digunakan berbentuk piramid atau segi tiga. Sungguhpun begitu bagi masyarakat rugus motif ini dikaitkan dengan corak rebung. Justru itu, motif ini dikenali sebagai sinusukrabung. di sinilah kombinasi warna amat dititik beratkan. Warna-warna yang seakan-akan sama tidak disimbat berdekatan misalnya warna merah dan oren, biru tua dan hitam dan putih dan kuning. Hal ini kerana pada waktu malam perbezaan antara warna tersebut tidak dapat dikenalpasti. Kekeliruan wara akan terjadi sekiranya pinakol di lihat dalam cahaya yang suram atau nyalaan kuning misalnya menggunakan lampu minyak tanah. Tidak hairan kerana kebanyakan masyarakat rungus pada ketika dahulu tinggal di kawasan pedalaman oleh itu kemudahan eletrik didak dapat disambungkan ke kawasan pertempatan Rugus. Pada masa kini penggunaan warna tidak terbatas lagi kerana kebanyakan rumah panjang masyarakat rungus sudah dilengkapi dengan eletrik namun begitu masih terdapat sebilangan kecil masyarakat yang masih tidak mendapatkan bekalan eletrik kerana kedudukan rumah yang jauh di pedalaman dan tidak dapat dihubungi dengan jalan raya. Jelasnya pembangunan serba sedikit mempengaruhi kaedah dan teknik pembuatan sepasang pinakol.
Corak yang terakhir di panggil kinaro-karo. ’Karo’ bermaksud himpunan warna-warna gelap. Kinaro-karo merupakan motif yang paling sukar di kenalpasti dalan sepasang ponakol. Biasanya terletak di tepi bahagian atas dan bawah jutaian manik. Warna yang sering diggunakan dalam kinaro-karo ialah hitam, merah dan biru. Warna ini disimbat berulang-ulang. Sungguhpun begitu sedikit perubahan sudah mula terserlah. Warna putih, kuning dan oren sudah menjadi sebahagian daripada warna yang digunakan untuk menghasilkan kinaro-karo.

 

No comments:

Post a Comment