Wednesday, 2 November 2011

tempat-tempat menarik di sabah

kali ini saya nak post mengenai tempat-tempat yang menarik di sabah,jadi jika berminat silalah berkunjung di sabah..cuti-cuti malaysia.....dalam blog ini saya memuatkan beberapa gambar untuk tatapan rakan-rakan semua...


NEGERI SABAH DI BAWAH BAYU
.................. Sabah merupakan sebuah negeri yang juga turut mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik seperti di negeri-negeri lain di Malaysia. Ramai pelancong yang datang berkunjung dan bercuti di Sabah di sebabkan oleh faktor keindahan tempat-tempat menarik di Sabah. Antaranya ialah Pulau Sipadan, Kolam Air Panas Poring dan lain-lain lagi.


LATAR BELAKANG MENGENAI PULAU SIPADAN...

Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia.







Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut.


Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia.




















Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes commitee), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009.


Pulau Sipadan mempunyai tarikannya yang tersendiri. Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti Barracuda, penyu, ikan, dan sebagainya.

Warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia.


Pulau ini telah diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dapat dikekalkan sehingga kini.

Di sekitar Pulau Sipadan mempunyai beberapa kawasan popular untuk penyelam "Hot spot center to scuba divers" misalnya Barracuda Point, Turtle Cavern (Gua Penyu), Coral Gardens, Drop Off (terletak berhampiran jeti utama Pulau Sipadan), North Point, West Ridge, Taman-taman Tergantung (Hanging Gardens), Lobster Lair, Staghorn Crest, South Point, Turtle Patch, Batu Karang Tengah (Mid Reef), Whitetip Avenue dan Coral Gardens.



KEISTIMEWAAN PULAU SIPADAN....
Pulau Sipadan amat terkenal dengan keindahan lautnya yang menjadi faktor utama ramai pelancong sama ada di dalam ataupun di luar negara berkunjung ke sini dan menghabiskan percutian mereka bersama keluarga tersayang dan juga di samping orang yang disayangi.

Bagi yang berminat dengan ketenangan alam semulajadi, bolehlah berkunjung dan bercuti di pulau ini. Pulau Sipadan juga telah menyediakan pakej-pakej percutian yang sesuai bagi sebuah keluarga, pasangan kekasih dan sebagainya.
Oleh yang demikian, sebagai seorang warga Sabah, saya dan rakan-rakan amat bersyukur kerana mempunyai keindahan alam ciptaan Tuhan seperti Pulau Sipadan di negeri tercinta kelahiran kami.


Keindahan semula jadi....


Keindahan hidupan laut yang dapat dilihat oleh pengunjung....

Keindahan yang memberikan ketenangan pada pengunjung yang datang....
Keindahan yang membawa seribu kegembiraan buat si pengunjung........................





















KOLAM AIR PANAS PORING
Selain daripada itu, Kolam Air Panas Poring di Ranau juga mendapat sambutan yang baik daripada pegunjung terutamanya pada musim-musim cuti. Ramai pengunjung yang datang meluangkan masa bersama keluarga, kekasih dan sebagainya. Tempat percutian yang damai ini amat sesuai untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama sendiri.














SERBA SEDIKIT LATAR BELAKANG MENGENAI PORING...
Poring merupakan nama KadazanDusun untuk sejenis spesies pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu.
Ia terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu,


KEISTIMEWAAN PORING...
Poring terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.

Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan.
Kolam air panas semulajadi ini amat sesuai bagi menghilangkan rasa penat dan juga sakit sendi bagi mereka yang telah mendaki Gunung Kinabalu.




Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dan setinggi 41 meter di atas pokok.

















Air terjunnya yang unik dan cantik juga telah menarik minat ramai pegunjung yang berkunjung di sini.

Alam sekitar yang terdapat di Poring, banyak memberikan ketenangan kepada pegunjung yang sememangnya inginkan ketenangan dengan alam sekitar yang menghijau di sekeliling mereka.

Warna tumbuhan yang menghijau itu seakan-akan memberikan inspirasi bagi mereka yang ingin mendapatkan sesebuah idea sekaligus menyenangkan hati mereka dengan persekitaran hutan yang indah itu.

Terdapat juga Taman Kupu-kupu serta bilik pameran Kupu-kupu di sini.












Selain daripada itu, terdapat juga gua kelawar di Poring, Ranau.
Pengunjung yang datang khususnya dari luar negara amat menyukai gua tersebut.
Ramai juga yang memasuki gua tersebut untuk mencari pengalaman.




KEBAIKAN BERCUTI/BERKUNJUNG DI SABAH...
.....Terdapat banyak kebaikan yang akan anda perolehi sekiranya berkunjung dan menghabiskan cuti di sini. Salah satu daripadanya ialah, kos ke Sabah tidaklah semahal sebagaimana di tempat-tempat lain.
.....Selain itu juga, keindahan semulajadi yang terdapat di Sabah dengan alam sekitar yang 99% menghijau di sekeliling tempat-tempat menarik yang terdapat di Sabah juga turut menjadi salah satu faktor yang menarik minat pengunjung untuk datang ke sini bersama keluarga serta orang yang disayangi dengan mencari ketenangan dan kegembiran.

.....Dari pelbagai bangsa dan berlainan negaralah,tempat-tempat menarik di Sabah ini juga turut memainkan peranan penting mengeratkan hubungan silaturrahim antara sesama manusia tanpa mengira bahasa percakapan seseorang itu, ia masih boleh mewujudkan hubungan baru yang lebih erat di kalangan pengunjung dan masyarakat Sabah.



kata bawah ni ada map sabah:






No comments:

Post a Comment