Maka bermulalah era zaman penguasaan kaum momogun pada masa itu dimana anak-anak Aki Nunuk Ragang telah berhijarah dari kawasan nunuk ragang ke kawasan yang dikehendaki oleh Lumaag Minamungan tersebut. Sebagai anak sulung, Aki Rungsud bertanggungjawab meneruskan amanat bapanya dan lumaag (Tuhannya) untuk mengekalkan segala cara hidup bersama, pemerintahan dan menjaga keselamatan bangsanya. Setiba di kawasan yang dipanggil Pompod Tanah (penghujung tanah) atau Dila Tanah (Lidah Tanah)beliau bertanggungjawab dalam mengatur segala stategi benteng pertahanan disetiap tempat kawasan tersebut. Kawasan pertahanan tersebut pada masa ini dikenali sebagai Simpang Mengayau, Kg. Terongkongan, Kg. Andarason , Kg Pata, teluk tambuluran, vingolon, torongkungan, andab dan banyak lagi seperti di kg pukah, limau-limauan kudat, di bengkoka, pitas dan marudu.
Pemerintahan pada masa itu adalah bebas dimana setiap rumah panjang yang didiami oleh 50 hingga 100 buah keluarga tersebut akan diketuai oleh seorang atau dua ketua rumah panjang yang dipanggil "Vozoon". Vozoon bermaksud Ketua yang diikuti. Pemerintahan tersebut adalah secara warisan dimana anak atau menantu kepada Vozoon tersebut akan menggantikan takhta tersebut.Manakala Pahlawan-pahlawan Bangsa Rungus pula masing-masing bertanggungjawab menjaga kawasannya. Adakalanya pahlawan-pahlawan ini akan bekerjasama dengan pahlawan rungus lain dari rumah panjang atau kawasan yang lain untuk mempertahankan bangsa dan tanah momogun dari bangsa lain. Pahlawan pada masa tersebut dikategorikan kepada 3 iaitu orang yang kebal atau lut dari apa senjata sekalipun atau lebih dikenali Ulun Ki Tansamung (Orang yang berkuasa Ghaib). Orang tua selalu berkata "Orang ini kalau ada orang asing yang datang dia akan menghalangnya terlebihi dahulu daripada datang kedaratan. Ilmu hitamnya akan menjadikan pahlawan ini serba sakti yang mana paras lautan sehingga paras betis sahaja sambil menterbalikkan kapal dilautan untuk membunuh semua orang yang ada didalamnya". Walau bagaimanapun pengamal ilmu hitam untuk mendapatkan kekuatan ini mempunyai syaratnya tersendiri yang mana pengamal tersebut tidak boleh beristeri apatah lagi bersetubuh dengan perempuan dan dia juga perlu menggunakan kekuatannya untuk mempertahankan bangsa ini. Kalau dilanggar pasti pengamalnya akan menemui ajal.
Manakala Pahlawan yang kedua adalah Tanakvagu Rumandavi . Pahlawan ini merupakan orang-orang yang bijak pandai pada zaman itu. Pemuda ini mempunyai kesaktian yang diberikan oleh Lumaag Minamangun (Tuhan Agama Labus).Kesaktian yang dimaksudkan antaranya kuasa menjadi Orang Halimunan untuk mengenakan seseorang musuh yang membuat pencerobohan [Ilmu halimunan ini tidak berkesan setelah manusia mengingkari perintah Lumaag. Kuasa tersebut telah ditarik balik oleh Lumaag kerana manusia menyalahgunakan kuasa tersebut]. Pahlawan ini merupakan pahlawan barisan ketiga yang paling dekat dengan semua orang yang tinggal dirumah panjang tersebut. Oleh kerana kebijaksanaan yang dipunyai maka tidak hairan orang yang berstatus rumandavi ini mempunyai pengaruh dalam pentadbiran dan politik dalam sesebuah rumah panjang. Selalunya ilmu orang yang randavi ini dipunyai oleh Vozoon dan anak-anaknya iaitu Tanakvagu Rumandavi (Anak Lelaki) dan Enuvung (Anak Perempuan). Boleh dikatakan, Vozoon tersebut adalah Raja Pemerintah manakala Tanakvagu Randavi (Putera) dan Enuvung (Puteri). Walau bagaimanapun, dikalangan orang-orang biasa pun terdapat orang yang Randavi ini, biasanya orang yang randavi ini dapat dikenal pasti melalui rupa parasnya yang elok cantik dan lawa, bijaksana dalam berkepimpinan serta bijak pandai dalam segala bidang.
Pahlawan yang ketiga adalah Tandon Tongkob yang merupakan ketua keluarga dalam setiap rumah panjang tersebut. Jika terdapat 50 buah keluarga maka 50 oranglah Tandon Tongkob. Tandon Tongkob bermaksud orang yang akan menguasai atau mewarisi peninggalan ibubapanya dan tidak boleh pergi kemana-manapun. Anak-anak lain Pahlawan Tandon Tongkob ni boleh pergi kemana pun disukainya namun anak yang dianggap tandon tongkob ini tidak dibenarkan meninggalkan warisan keluarganya. Sekiranya berlaku darurat pencerobohan dari bangsa asing, pahlawan inilah yang akan menjadi barisan benteng kedua selain Pahlawan Ki Tansamung.
Walaupun Vozoon merupakan Raja atau Ketua Rumah Panjang namun setiap pemerintah adalah berjiwa rakyat dimana permerintahan adalah tidak berkuasa mutlak. Semua rakyatnya menghormati ketua tersebut kerana kebijaksanaannya, kewibawaan dalam pimpinan pembuat dasar peraturan dan pantang larang serta sebagai pengaman dikala terdapat perpecahan atau wujud ketidaksefahaman dalam rumah panjang tersebut ataupun antara masyarakat dengan rumah panjang yang lain. Vozoon juga merupakan penyampai segala mesej dari Bobolizan yang disampaikan dari Lumaag Minamangun dan segala rakyat akan patuh dengan pernyataan Lumaag Tuhan mereka.
Orang tua-tua pada masa itu juga berperanan sebagai penyampai secara lisan perihal tentang keagamaan, kebudayaan dan institusi pembelajaran anak-anak pada masa itu. Melalui keagamaan, orang-orang tua ini merupakan ketua keagamaan selain Vozoon dan Bobolizan. Mereka jugalah yang akan mengatur segala peraturan adat, pantang larang, adat dan hukum perkhawinan dan lain-lain serta aktiviti membuat penyembahan kepada Lumaag mereka. Orang-orang tua ini juga yang akan bertindak secara sepakat dan Vozoon akan memutuskan atau menghakimi segala keputusan yang dipersetujui oleh para tua-tua.
Manakala berkaitan dengan institusi pembelajaran pula adalah secara lisan iaitu melalui penceritaan kepada anak-anak akan segala kehidupan pada zaman sebelumnya, bercerita tentang hiburan dan berlawak jenaka seterusnya mengajar secara demonstrasi untuk sesuatu benda.
Selain itu, dalam pentadbiran kaum rungus pada zaman dahulu juga wujud para sasterawan yang aktif dalam percakapan dan pertuturan sehari-hari. Tidak kira dimana pun berada, masyarakat pada masa itu dibayangi dengan pertuturan yang indah-indah contohnya bahasa klasik yang tidak difahami oleh penutur bahasa rungus pada masa kini. Para Sasterawan juga berperanan mengajar anak-anak ini cara menyanyi Lagu Klasik seperti Mongodihohoi, Mongondi, Sulangu, padaha. Selain itu Peribahasa (Sambatan), Pantun(Bahul) dan Teka-teki (Sundait) juga menjadi topik dalam pelajaran anak-anak pada masa itu. Selain lagu klasik rungus dan sastera hiburan lisan, tarian juga merupakan salah satu kebudayaan yang sangat penting pada masa itu yang mana anak-anak dari kecil diajar menari tarian Sumundai om Mongigol dan Manaradan. Walau bagaimanapun, tarian Mongigol om Sumundai merupakan tarian yang sering digunakan pada masa itu dan diterapkan bagi tujuan upacara keagamaan mereka iaitu tarian pemujaan kepada Kinoringan (Tuhan) mereka. Ilmu kesusateraan pada masa itu sangat terkenal kerana ianya merupakan salah satu hiburan dikalangan masyarakat pada masa itu. Ilmu ini juga digunakan dalam kehidupan seharian tidak kira dalam bercakap biasa, bercerita, bergaduh dalam keadaan marah dan sebagainya sastera tersebut akan digunakan. Orang tua kata, kalau bergaduh sekalipun orang biasa tidak akan faham mahupun tahu situasi tersebut. Namun dizaman sekarang ini kesusateraan ini tidak diamalkan oleh generasi kini kerana pengaruh sastera bangsa lain lebih diagung-agungkan daripada kesusateraan bangsa sendiri yang begitu elok budi pekerti.
ERA PENGUASAAN MOMOGUN (PAHLAWAN DAN ORANG BERPENGARUH)
Cerita sejarah pengaruh dan kepahlawanan suku kaum rungus biasanya diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain melalui cucu-cicit mereka kerana cerita seperti ini hanya diingat oleh ahli keluarganya sahaja. Antara orang-orang penting bangsa rungus antaranya :
Rungsud = Nenek moyang suku Rungus. Rungsud adalah nama nenek moyang kami yang berasal dari Nunuk Ragang. Keturunannya akhirnya di sebut Rungus. Tanggungjawab dalam membuka utara borneo (membuka Bandau (mondou), Kirangavan, Toringai sehingga ke Koniung (morimbou) Kudat.) yang akhirnya di tukar Konopuan Mogkorudu (kota marudu)
Aki Linggab - Penjaga laut cina selatan dan juga teluk bandau... seumur hidupnya. Selalu berperang dengan Mangazou dari laut.
Aki Bagu - Penjaga kawasan Pata, Andarason dan sampai di Badarag sikuati. Mempunyai sepucuk senapang pemberian semangatnya. Senapang yang ubatnya seperti disc dalam bentuk api warna biru..
Aki Kolobon - penjaga laut bandau dan bertanggungjawab menghalau sariff Osman dari memeras ugut orang rungus-tombonuvo dan orang brunei. Aki Kolzobon menghancurkan pertahanan sarif osman dan memberikan amaran bahawa dia akan mati di tangan british kerana melawan semangat laut bandau. Aki kolzobon menetak tengkolok sarif osman dan mengatakan bahawa Sarif osman tidak akan terlepas di tangan british jika menjejakkan kaki di kudat... ini berlaku kerana balasan kpd sarif osman membunuh orang rungus di laut bandau. Akhirnya sarif lari ke pulau gaya.. tetapi dalam pelarian diri apabila di serang british sarif osman menggunakan kuda memasuki kawasan kudat dan akhirnya di kejang di Burul Lzumohing di kg Pukah (bukit kedua tertinggi di Matunggong). Sarif Osman kejang di atas bukit tersebut dan jatuh dari kuda... badannya di serang kekejangan saraf sehingga tak dapat jalan.. lalu di tangkap british dan di masukkan bom di buntut lalu di letupkan..
Kulindod / Kurunding= Dalam sejarah yg di tulis oleh British / di rujuk kembali oleh James Ongkili, Kurunding berbangsa Illanun tetapi Kulindod @ Kurunding adalah bangsa Rungus dan dalam buku yg di tulis dan terpampang di muzium sabah semua orang tahu pakaian yang di pakai oleh Kulindod adalah pakaian Bwadu pakaian lelaki Rungus. Bagaimana nama dia tertukar kepada illanun adalah di sebabkan apabila Kulindod berperang dengan British sehingga ke Inanam.. Pihak British membuat surat pekeliling untuk menangkap semua ahli keluarganya.. yang terdekat.. Jadi apabila british sampai di Kirangavan orang kampung mengatakan kepada pihak British yang Kulindod tiada keluarga. Kulindod itu kononnya adalah pelayar dan keluarganya tiada di kirangavan, jadi british bertanya kenapa dia tinggal di Kirangavan? Kulindod saja melawat kampung kirangavan untuk membuat padi bukit. Manakala anak-anaknya ada yang di hantar ke matunggong dan ada lagi satu perempuan yang di hantar ke Pitas. Akhirnya identiti Kulindod yang tertulis adalah Illanun tetapi sebelum di hukum bunuh oleh british kulindod di ambil gambar...
Aki Tumanggung Karantud = di kenali orang british sebagai Raja terakhir Bangsa Rungus. Tumanggung menentang british kerana dalam upacara-upacara agama lzabus tidak perlu membuat permohonan orang british tetapi apabila Tumanggung Karantud membuat upcara MANAGAS dan di larang oleh british maka Tumanggung bangkit menentang british.. Sebab sebenarnya uapcara itu adalah satu upacara mengorbankan MANUSIA untuk menghidupkan bumi dan menghalau penyakit pada masa sama ia adalah satu pengyingkiran kuasa british kerana kudat sudah mula di cerobohi bukan saja british tetapi mizonvaig (orang laut) sudah mula berkuasa di kawasan kudat sejak kedatangan british. Akhirnya Tumanggung di tangkap dan di penjarakan.. apabila pentadbiran di pindahkan ke Sandakan (Elopura) tumanggung di bawa ke sana juga.

SEJARAH PANTAI TERONGKUNGAN DAN GUA TINDAKON
Pantai Terongkungan terletak disebelah kiri utara Kudat dan ianya juga merupakan tapak-tapak sejarah pertahanan suku kaum rungus dahulu kala. Dikala orang asing mencerobohi kawasan pesisir pantai nenek moyang suku kaum ini akan menentang habis-habisan sehinggalah terjadinya penggal-memenggal kepala. Pahlawan Rungus dikatakan mempunyai Ilmu Kebal dan segala senjata lut ditangan mereka (Varo Tansamung om kikabalan). Namun pengamal ilmu kebal ini tertakluk kepada syarat dan perlu dipatuhi. Kalau tidak dipatuhi maka maut akan menimpa pengamalnya contohnya tidak boleh bernafsu kepada perempuan dan tidak boleh khawin. Moyang saya iaitu adik kepada datuk ibu saya merupakan pengamal ilmu kebal ini dan sewaktu dia menanggalkan ilmu tersebut dalam dirinya kerana beliau berkeinginan untuk berkhawin hampir mati. Nenek saya kata, orang yang ada Ilmu Kebal itu Nampak ja kapal ditengah laut dia akan terus gunakan ilmu dia sehingga air laut itu dibawah paras pinggangnya sahaja. Kapal-kapal tersebut habis ditenggelamkannya.
Pantai Terongkungan ini dinamakan sempena nama pokok yang dinamakan Bongkurungon dimana pokok itu berbuah lebat dan tidak didapati dimanapun tempat. Itu sebab tempat itu dinamakan Torongkungan. Di sebelah pantai berhadapan Batu Mandi adalah kawasan pantai yang sangat tenteram dan bebas dari ombak besar. Kawasan tersebut juga merupakan tempat berdagang secara barter dizaman dulu diantara suku kaum rungus, pedagang cina, pedagang suluk dan Brunai namun disebabkan ketidaktenteraman penjaga Batu Mandi maka kawasan laut pada masa kini menjadi haru biru. Jika ada kapal asing yang lalu dikawasan pesisir pantai laut Terongkongan dengan tidak semena-mena kawasan laut itu akan bergelora dengan tiba-tiba seterusnya menenggelamkan kapal yang lalu disitu. Saya teringat waktu saya kecil ada kapal besar dari Filipina yang melalui perairan laut Pesisir pantai Terongkungan. Kapal tersebut tenggelam kerana terlanggar Batu Mandi. Ramai orang yang hanyut ada yang hidup dan mati ditemui terdampar dipesisir pantai Terongkongan.
Disebelah kanan pantai terongkongan pula kita akan menjumpai tasik dan gua yang dinamakan Gua Tindakon. Gua ini juga dipanggil “Titindakon Dazang” ini kerana mengikut Lagendanya gadis dari Sulu dipanggil Dayang atau dalam bahasa rungus “Dazang” datang berdagang dikawasan itu bersama keluarganya. Beliau melalui gua itu dan mendapati tidak ada laluan keseberang pantai tersebut. Cuma ada dua pilihan sama ada melalui hutan tebal dan berduri dibelakang gua ataupun melompat seperti atlit menyeberangi batuan yang berair. Kalau tak, pasti jatuh kedalam laut yang dalam dan dibawa masuk kedalam gua sudah pasti maut menimpa. Namun gadis itu dapat menyeberanginya dengan menggunakan akal dan taktik tertentu. Maka Dazang tersebut pun menawarkan diri untuk dikahwini jika sesiapa berjaya menyeberang namun tidak ada seorang pun yang mencuba kerana takut dibaham oleh penjaga gua sekiranya jatuh kedalam air tersebut.
Walau bagaimanapun, kata Nenek Moyang saya dikawasan itu kena berhati-hati kerana Lumaag nya tinggal disitu. Katanya penjaga di Batu Mandi itu adalah adik beradik dengan Lumaag di Gua Tindakon tersebut. Nenek saya pernah cerita nama adik-beradik setiap Lumaag itu tapi saya sudah lupa. Ini kerana nenek saya sebelum meninggal merupakan salah seorang Bobolizan dikampung tersebut. Semua perkara yang berlaku dan akan berlaku dikampung itu akan diberitahu oleh Lumaag tersebut seolah-olah tidak ada lagi Orang yang berilmu kebal maka dialah yang memainkan peranan menjaga bangsa ini. Sekarang Lumaag itu menghinggapi Ibu saya kerana dia merupakan generasi kepada Nenek saya dari Nenek Moyang lagi.
Yang menariknya tentang pantai ini adalah keadaan bentuk mukabuminya yang sangat cantik seolah-olah diukir-ukir oleh penjaga pantai itu. Dan lagi satu kalau kita berjalan dipesisir sebelah pantai Gua Tindakon iaitu dimana Dazang menyeberang kita akan menjumpai ketam yang telah bertukar menjadi batu mengikut kepercayaan nenek saya ketam itu telah disumpah oleh penjaga gua itu kerana telah memberi ilham kepada Orang Asing untuk melalui tempat itu kerana ketam pandai menyelusuri batu-batan.
Pada masa ini, kawasan laut tindakon itu tidak pernah tenteram asik bergelora cuma ada masa-masa tertentu sahaja lautnya akan senyap tapi kena berhati-hati bila mandi atau berada dikawasan itu sebelum penjaganya berang. Pernah suatu ketika dulu, ramai budak-budak dari kampung lain datang mandi manda tepi pantai itu. Kanak-kanak tersebut sangat bising dengan tidak semena-mena ada seperti arus menyedutnya masuk kedalam air dan ini menyebabkannya mati lemas. Memang pantai torongkungan sangat cantik tapi kena berhati-hati kerana tempat itu adalah tempat suci mahkluk halus disana.
Satu lagi yang menarik adalah pantai torongkungan ini juga dihubungkan dengan kawasan laut laluan naga. Ini kerana ada segelintir penduduk disitu yang selalu menyaksikan seperti puting beliung yang betul-betul menyerupai naga dari tengah laut naik ke atas awan. Saya juga selalu menyaksikannya sewaktu saya masih kecil. Melalui seni tarian suku kaum rungus, tarian tersebut akan ditarikan oleh 7 orang perempuan dengan seorang lelaki. Penari lelaki inilah yang akan mengepalai kumpulan penari tersebut. Pergerakan tarian ini dihubungkan dengan pertahanan dari jajahan bangsa asing, penempatan dan pertanian yang diabadikan seperti naga.
SILA LIHAT GAMBAR-GAMBAR PANTAI TERONGKUNGAN DAN GUA TINDAKAN
http://lukisan-gambar-rungus.blogspot.com/2009/01/pantai-terongkungan-dan-gua-tindakon.html

SENI BINA DAN PUTARAN KALENDAR MASYARAKAT RUNGUS
Semenanjung Kudat, Semenanjung Bengkoka dan Teluk Bandau merupakan petempatan purba Momogun dan mempunyai sejarah perdagangan barter yang amat panjang.
Momogun Utara ini juga merupakan di komuniti laut dan bukit di mana kedua-duanya adalah cara hidup mereka. Sebagai contoh aktiviti laut Momogun rungus ini menyebabkan mereka mahir membina pelbagai perahu iaitu:
- Gubang [pesisir pantai saja]
- Talzud [untuk di gunakan di sungai air masin]
- Kumpit [ada sulap dalam perahu di gunakan untuk belayar sekitar Kudat, bandau, pitas]
- Pangki [di pesisir pantai dan bentuknya macam helicopter]
- Lzazag [kapal layar momogun, ada sulap berbilik utk simpan barangan dagang, di gunakan untuk belayar ke beluran, kinabatangan, palawan, tampasok, labuan, brunei dll]
Manakala kalender dalam Momogun Rungus memperuntukan beberapa pembahagian aktiviti tahunan berdasarkan musim yg di tentukan oleh beberapa faktor kemasyarakatan momogun iaitu oleh pengaruh keagamaan, pertanian dan tradisi. Disebabkan faktor kebudayaan itu maka terhasillah istilah musim-musim ini dalam setiap tahun Momogun iaitu :
1. Musim Kokotuan / Kaamatan [vulan ko-1 kumad vulzan ko-3]
- Kaamatan utk Dewa padi bambarazon [Tahun Baru menuai ] - bulan 4
- Tumutu om Monidang [bulan 5]
- Perayaan Roh orang mati [Magahau, mamapak (papak tavasi/papak taraat] bulan 6
- Magasin [selepas musim perayaan roh orang mati] bulan 7
- Magapuw [selepas Magasin, terus disambung kepada magapuw] bulan 8
- Monombilzis & Monongipun - bulan 9
- Golongan wanita momogun pada masa ini biasanya membina penanaman kapas utk menenun kain dan pakaian keluarga
- Rumilzik [bulan 10]
- Mongintavun & Mangasok [bulan 11]
- Monginsakot & Momodsu parai [bulan 12]
- Momuhau & Mongugad [bulan 1-2]
- Momuun Parai [bulan 3]
No comments:
Post a Comment